HILANG

on Jul 13, 2014

KISAH CINTA YANG TIADA KESUDAHAN.

Cinta dan Air Mata

on Jul 2, 2010

Episod 3


“Sombongnya budak ni, agaknya dia belum kenal siapa Shah. Aku mesti dapat apa aku nak.” Sekarang ni aku dah dapat id ym Suraya. Perkenalan aku dengan Suraya bermula dengan agak buruk. Memang aku suka cari gaduh dengan perempuan. Aku mula tanyakan soalan pelik-pelik pada Suraya, kenapa perempuan Islam pakai purdah?wajib ke pakai purdah? Suraya seakan-akan marah dengan pertanyaan aku. “Encik Shah, encik tahu tak yang encik dah hina perempuan yang pakai purdah.” Itulah yang keluar di skrin komputer aku. “Eh, takde lah, bila masa saya hina? Kan saya sekadar bertanya. Salah ke?”. Sembang kami terus tamat di situ. Dalam berminggu-minggu juga aku tak dapat berhubung dengan Suraya. Tapi aku dapat tau kawan serumah aku keluar makan malam bersama Suraya. Aduh, kecewa rasanya pada masa tu. Namun aku bukan jenis lelaki yang cepat mengalah.

Aku teringin sangat nak tengok cerita Syurga Cinta, bukan sebab cerita tu tapi sebab nak tengok Heliza berlakon. Tapi kerana Syurga Cinta segalanya bermula. “Cik Suraya nak tengok cerita Syurga Cinta tak? Saya baru beli ni. Best juga cerita ni.” Aku mula susun ayat-ayat nak mengorat. Kali ini aku mesti dapat. Segala-galanya mula berubah selepas itu….

Bersambung….

Cinta dan Air Mata

on May 10, 2010

Episod 2

Saat pertama kali mata melihat Suraya hati aku terus terpikat. Masih ingat lagi aku waktu itu aku dan rakan kelas yang lain berada di pusat sumber . Ketika itulah aku terpandang seorang gadis yang tanpa ku sangka bakal mengubah hidup aku. Aku memberanikan diri mendekatinya. “Awak, boleh saya tengok buku tu?” sapaku selamba. Tapi tanpa berkata apa-apa gadis tersebut menolak buku tersebut ke arah ku. Academic Writing, tajuk buku yang dipegangnya. “Haa, buku nilah yang saya cari, awak dah pinjam dulu rupanya.” Sekali lagi aku menegurnya. Padahal sebelum ini pun mana pernah aku pinjam buku, masuk pusat sumber pun kalau terpaksa. Gadis tersebut beredar bersama rakannya. “Alamak, kenapalah lupa nak tanya nama dia.” Bisik hati kecilku.

Mundar-mandir aku seketika di dalam pusat sumber. “Haa, Anis mesti kenal siapa budak tu.” Aku menarik kerusi dan duduk di sebelah Anis. Ayat-ayat buat baik diatur. “Mmm…Anis, kau kenal tak budak yang aku tegur tadi. Bukan apa, saja nak kenal-kenal.” Aku ketawa kecil. “Ish..kau ni Shah, semua perempuan kat maktab ni kau nak kenal.” Anis sedikit memerli aku. “Ala, kau ni Anis, aku nak kenal je, bukan nak mengorat.” Alasan bodoh cuba aku berikan sambil ketawa. “Mmm…Yelah kau tu, kau ingat aku percaya? Nama budak tadi tu Nur Intan Suraya bt Mohd Shahrul. Haa nama penuh aku bagi kat kau ni.”

Nur Intan Suraya bt Mohd Shahrul, nama yang akan aku ingat sampai bila-bila. Tapi bagaimana aku nak mendekatinya?

Bersambung....

Cinta dan Air Mata

on May 9, 2010

Episod 1


Assalamualaikum, saya minta maaf tapi saya tak dapat teruskan lagi hubungan kita. Jalan ini saya pilih kerana Allah. Kita dah terlalu mengikut nafsu, walaupun kita tak berpegangan tangan, tak bersentuhan tapi kita tetap buat maksiat, zina hati,mata. Kita tahu hukumnya haram tapi kita tetap buat. Dosanya lebih besar daripada orang yang buat tapi tak tahu hukum. Saya dah menjadi punca kelalaian seorang lelaki dan saya tak nak tambah kelalaiannya lagi. Saya tak nak diri saya terus hanyut. Kita bawa haluan masing-masing, cuba perbaiki diri yang hina ini. Maaf kalau keputusan saya ini terlalu mengejut tapi saya dah fikir masak-masak dan saya rasa ini yang terbaik. Tolong jangan hubungi saya lagi. Lupakan saya dan terima kasih untuk segalanya.

Tersentak aku tatkala membaca mesej daripada Suraya, tapi itulah jalan yang Suraya pilih untuk kebaikan kami. Aku cuba riak tenang namun gelocah hati menangis. Bagaimana aku hendak melupakan gadis sebaik Suraya? Aku sendiri tak pasti sama ada aku mampu menanggungnya seorang diri. Terkadang aku terfikir adilkah bagi aku semua ini? Untuk lupakan Suraya? Untuk tak menghubunginya adalah sesuatu yang mustahil. Bagaimana dengan kawan-kawan lelakinya yang lain? Ya Suraya, kalau kau nak aku melupakan kau sebagai teman istimewa dalam hidup aku, aku akan cuba. Tetapi adilkah kau buat aku begini? Kawan-kawan lelaki kau masih boleh menghubungi, masih boleh berbual dengan kau tapi aku?

Aku takkan lupakan Suraya sebagai cinta yang pernah singgah di hati. Untuk melupakan Suraya? Jauh sekali. Aku akan tunggu 2-3 tahun lagi. Jika kau masih mencintai aku ketika masa itu percayalah engkau akan menjadi milik aku selamanya. Aku percaya pada janji Allah. Ya Allah, jika memang dia yang Engkau ciptakan untukku. Satukanlah aku dengannya.

Bersambung......

Buatmu Ibu

on May 8, 2010



Esok merupakan Hari Ibu yg disambut pada minggu kedua setiap bulan Mei. Tetapi adakah selama ini kita sedar sebesar manakah pengorbanan seorang ibu untuk membesarkan anak-anaknya? Aku sendiri tak pasti sama ada aku sedar atau tidak pengorbanan ibu.


Hajjah Raudah Bt Abu Bakar, dilahirkan pada 22 September 1946...Tatkala engkau melahirkan aku pada 20 Januari 1987 kira-kira jam 3.30pg bermulalah perjalanan hidup aku sebagai seorang manusia. Kadang-kadang anakmu ini sering merungut, sering memberontak, tetapi engkau seorang ibu tetap terus berjuang demi melihat kejayaan anakmu. Tahun demi tahun masa terus berlalu, jasa ibu masih belum aku balas tapi mampukah anakmu ini membalas jasamu?Mampukah anakmu ini membahagia kehidupanmu?Ya Allah, izinkan aku berbakti pada ibuku supaya hanya senyuman yang terukir pada wajahnya. Ya Allah, izinkan aku mengelap titis air mata ibuku biar hanya bahagia yang terpancar. Ya Allah, kau berikanlah kemuliaan kepada ibuku Ya Allah.

Selamat Hari Ibu...Abang mohon ampun dan maaf pada ibu...banyak dosa yang abang buat sepanjang ibu membesarkan abang...


BUATMU IBU


Ibu, bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu

Ibu, kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu, kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Belum Sampai Masanya Lagi

Kadang-kadang apa yg kita rancang belum tentu akan menjadi kenyataan. Realiti itu terkadang pedih utk kita terima tapi ada hikmah ketetapan Allah sebegitu. Allah menurunkan ujian dan dugaan utk menguji keimanan hambanya. Ujian Allah itu termasuklah perasaan cinta pada seseorang. Walaupun saling mencintai tetapi jika belum tiba masanya maka setiap pertemuan itu akan berakhir dengan perpisahan. Air mata takkan mampu mengubat kesedihan namun redha dan sabar adalah pilihan yg terbaik. Yakinlah yg Allah mengetahui apa yg hambaNya tidak tahu.


Bersabarlah wahai hati, berdoa agar cinta yg terbit itu datang daripada Allah bukan daripada nafsu. Semoga Allah akan menyatukan dua hati ini yg akan pergi. Seandainya lahir lagi cinta ini bersabarlah, biar masa menjadi pengukur cinta itu. Biar jodoh yg menjadi garis, biar takdir menjadi jejari yg menentukan pengakhirannya. Amin...


Nantikan Aku Di Batas Waktu

Di Kedalaman Hatiku
Tersembunyi Harapan Yang Suci
Tak Perlu Engkau Menyangsikan

Lewat Kesalihanku
Yang Terukir Menghiasi
Dirimu
Tak Perlu Dengan Kata-kata

Sungguh Walau ku Kelu
Tuk Mengungkapkan Perasaanku
Namun Penantianmu Pada
Diriku
Jangan Salahkan

Kalau Memang Kau Pilihkan Aku
Tunggu Sampai aku Datang
Nanti Kubawa Kau Pergi
Ke Syurga Abad
i

Kini Belumlah Saatnya
Aku Membalas Cintamu
Nantikanku
Di Batas Waktu

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

on May 7, 2010

Firman Allah S.W.T :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah : 216).

Cerita Dalam Guni...