Cinta dan Air Mata

on Jul 2, 2010

Episod 3


“Sombongnya budak ni, agaknya dia belum kenal siapa Shah. Aku mesti dapat apa aku nak.” Sekarang ni aku dah dapat id ym Suraya. Perkenalan aku dengan Suraya bermula dengan agak buruk. Memang aku suka cari gaduh dengan perempuan. Aku mula tanyakan soalan pelik-pelik pada Suraya, kenapa perempuan Islam pakai purdah?wajib ke pakai purdah? Suraya seakan-akan marah dengan pertanyaan aku. “Encik Shah, encik tahu tak yang encik dah hina perempuan yang pakai purdah.” Itulah yang keluar di skrin komputer aku. “Eh, takde lah, bila masa saya hina? Kan saya sekadar bertanya. Salah ke?”. Sembang kami terus tamat di situ. Dalam berminggu-minggu juga aku tak dapat berhubung dengan Suraya. Tapi aku dapat tau kawan serumah aku keluar makan malam bersama Suraya. Aduh, kecewa rasanya pada masa tu. Namun aku bukan jenis lelaki yang cepat mengalah.

Aku teringin sangat nak tengok cerita Syurga Cinta, bukan sebab cerita tu tapi sebab nak tengok Heliza berlakon. Tapi kerana Syurga Cinta segalanya bermula. “Cik Suraya nak tengok cerita Syurga Cinta tak? Saya baru beli ni. Best juga cerita ni.” Aku mula susun ayat-ayat nak mengorat. Kali ini aku mesti dapat. Segala-galanya mula berubah selepas itu….

Bersambung….

Cinta dan Air Mata

on May 10, 2010

Episod 2

Saat pertama kali mata melihat Suraya hati aku terus terpikat. Masih ingat lagi aku waktu itu aku dan rakan kelas yang lain berada di pusat sumber . Ketika itulah aku terpandang seorang gadis yang tanpa ku sangka bakal mengubah hidup aku. Aku memberanikan diri mendekatinya. “Awak, boleh saya tengok buku tu?” sapaku selamba. Tapi tanpa berkata apa-apa gadis tersebut menolak buku tersebut ke arah ku. Academic Writing, tajuk buku yang dipegangnya. “Haa, buku nilah yang saya cari, awak dah pinjam dulu rupanya.” Sekali lagi aku menegurnya. Padahal sebelum ini pun mana pernah aku pinjam buku, masuk pusat sumber pun kalau terpaksa. Gadis tersebut beredar bersama rakannya. “Alamak, kenapalah lupa nak tanya nama dia.” Bisik hati kecilku.

Mundar-mandir aku seketika di dalam pusat sumber. “Haa, Anis mesti kenal siapa budak tu.” Aku menarik kerusi dan duduk di sebelah Anis. Ayat-ayat buat baik diatur. “Mmm…Anis, kau kenal tak budak yang aku tegur tadi. Bukan apa, saja nak kenal-kenal.” Aku ketawa kecil. “Ish..kau ni Shah, semua perempuan kat maktab ni kau nak kenal.” Anis sedikit memerli aku. “Ala, kau ni Anis, aku nak kenal je, bukan nak mengorat.” Alasan bodoh cuba aku berikan sambil ketawa. “Mmm…Yelah kau tu, kau ingat aku percaya? Nama budak tadi tu Nur Intan Suraya bt Mohd Shahrul. Haa nama penuh aku bagi kat kau ni.”

Nur Intan Suraya bt Mohd Shahrul, nama yang akan aku ingat sampai bila-bila. Tapi bagaimana aku nak mendekatinya?

Bersambung....

Cinta dan Air Mata

on May 9, 2010

Episod 1


Assalamualaikum, saya minta maaf tapi saya tak dapat teruskan lagi hubungan kita. Jalan ini saya pilih kerana Allah. Kita dah terlalu mengikut nafsu, walaupun kita tak berpegangan tangan, tak bersentuhan tapi kita tetap buat maksiat, zina hati,mata. Kita tahu hukumnya haram tapi kita tetap buat. Dosanya lebih besar daripada orang yang buat tapi tak tahu hukum. Saya dah menjadi punca kelalaian seorang lelaki dan saya tak nak tambah kelalaiannya lagi. Saya tak nak diri saya terus hanyut. Kita bawa haluan masing-masing, cuba perbaiki diri yang hina ini. Maaf kalau keputusan saya ini terlalu mengejut tapi saya dah fikir masak-masak dan saya rasa ini yang terbaik. Tolong jangan hubungi saya lagi. Lupakan saya dan terima kasih untuk segalanya.

Tersentak aku tatkala membaca mesej daripada Suraya, tapi itulah jalan yang Suraya pilih untuk kebaikan kami. Aku cuba riak tenang namun gelocah hati menangis. Bagaimana aku hendak melupakan gadis sebaik Suraya? Aku sendiri tak pasti sama ada aku mampu menanggungnya seorang diri. Terkadang aku terfikir adilkah bagi aku semua ini? Untuk lupakan Suraya? Untuk tak menghubunginya adalah sesuatu yang mustahil. Bagaimana dengan kawan-kawan lelakinya yang lain? Ya Suraya, kalau kau nak aku melupakan kau sebagai teman istimewa dalam hidup aku, aku akan cuba. Tetapi adilkah kau buat aku begini? Kawan-kawan lelaki kau masih boleh menghubungi, masih boleh berbual dengan kau tapi aku?

Aku takkan lupakan Suraya sebagai cinta yang pernah singgah di hati. Untuk melupakan Suraya? Jauh sekali. Aku akan tunggu 2-3 tahun lagi. Jika kau masih mencintai aku ketika masa itu percayalah engkau akan menjadi milik aku selamanya. Aku percaya pada janji Allah. Ya Allah, jika memang dia yang Engkau ciptakan untukku. Satukanlah aku dengannya.

Bersambung......

Buatmu Ibu

on May 8, 2010



Esok merupakan Hari Ibu yg disambut pada minggu kedua setiap bulan Mei. Tetapi adakah selama ini kita sedar sebesar manakah pengorbanan seorang ibu untuk membesarkan anak-anaknya? Aku sendiri tak pasti sama ada aku sedar atau tidak pengorbanan ibu.


Hajjah Raudah Bt Abu Bakar, dilahirkan pada 22 September 1946...Tatkala engkau melahirkan aku pada 20 Januari 1987 kira-kira jam 3.30pg bermulalah perjalanan hidup aku sebagai seorang manusia. Kadang-kadang anakmu ini sering merungut, sering memberontak, tetapi engkau seorang ibu tetap terus berjuang demi melihat kejayaan anakmu. Tahun demi tahun masa terus berlalu, jasa ibu masih belum aku balas tapi mampukah anakmu ini membalas jasamu?Mampukah anakmu ini membahagia kehidupanmu?Ya Allah, izinkan aku berbakti pada ibuku supaya hanya senyuman yang terukir pada wajahnya. Ya Allah, izinkan aku mengelap titis air mata ibuku biar hanya bahagia yang terpancar. Ya Allah, kau berikanlah kemuliaan kepada ibuku Ya Allah.

Selamat Hari Ibu...Abang mohon ampun dan maaf pada ibu...banyak dosa yang abang buat sepanjang ibu membesarkan abang...


BUATMU IBU


Ibu, bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu

Ibu, kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu, kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Belum Sampai Masanya Lagi

Kadang-kadang apa yg kita rancang belum tentu akan menjadi kenyataan. Realiti itu terkadang pedih utk kita terima tapi ada hikmah ketetapan Allah sebegitu. Allah menurunkan ujian dan dugaan utk menguji keimanan hambanya. Ujian Allah itu termasuklah perasaan cinta pada seseorang. Walaupun saling mencintai tetapi jika belum tiba masanya maka setiap pertemuan itu akan berakhir dengan perpisahan. Air mata takkan mampu mengubat kesedihan namun redha dan sabar adalah pilihan yg terbaik. Yakinlah yg Allah mengetahui apa yg hambaNya tidak tahu.


Bersabarlah wahai hati, berdoa agar cinta yg terbit itu datang daripada Allah bukan daripada nafsu. Semoga Allah akan menyatukan dua hati ini yg akan pergi. Seandainya lahir lagi cinta ini bersabarlah, biar masa menjadi pengukur cinta itu. Biar jodoh yg menjadi garis, biar takdir menjadi jejari yg menentukan pengakhirannya. Amin...


Nantikan Aku Di Batas Waktu

Di Kedalaman Hatiku
Tersembunyi Harapan Yang Suci
Tak Perlu Engkau Menyangsikan

Lewat Kesalihanku
Yang Terukir Menghiasi
Dirimu
Tak Perlu Dengan Kata-kata

Sungguh Walau ku Kelu
Tuk Mengungkapkan Perasaanku
Namun Penantianmu Pada
Diriku
Jangan Salahkan

Kalau Memang Kau Pilihkan Aku
Tunggu Sampai aku Datang
Nanti Kubawa Kau Pergi
Ke Syurga Abad
i

Kini Belumlah Saatnya
Aku Membalas Cintamu
Nantikanku
Di Batas Waktu

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

on May 7, 2010

Firman Allah S.W.T :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah : 216).

Puaskah


Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sihatmu
Sekarang kau campakkanku
Setelah kau dapatkanku

Reff:
Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

Back to Reff

Kebahagian dan Kesedihan


Kita mungkin akan melupakan orang-orang yang tertawa bersama dengan kita, tetapi tidak mungkin kita melupakan orang yang pernah menangis bersama dengan kita.

Terkadang orang-orang yang pernah membuat kita menangis di dalam kehidupan adalah mereka yang akan membuat kita kelak tertawa bahagia, dan sebaliknya mereka yang pernah membuat kita tertawa dan lupa diri akan membuat kita menangis di kemudian hari.

Keindahan sebuah gunung tidak akan pernah kita rasakan ketika kita berada di gunung itu sendiri. Gunung itu tampak indah dan agung jika dilihat dari jauh. Dalam hubungan kekeluargaan, persahabatan dan percintaan terkadang dekatnya kita dengan mereka akan membutakan kita tentang indahnya hubungan yang sedang kita alami. Keindahan dalam suatu hubungan akan terasa ketika hubungan itu terpisah oleh jarak yang berjauhan. Sebahagian besar daripada kita terkadang tidak bersyukur dengan indahnya jarak hubungan yang kita lalui hingga akhirnya jarak itu berubah menjadi kejauhan. Keharuman sekuntum bunga akan hilang ketika kita terus-terusan menciumnya, berjauhan adalah salah satu cara untuk mendatangkan keharuman itu kembali.

Kesenangan adalah kesedihan yang terbuka bekasnya. Tawa dan kesedihan datang dari sumber yang sama, dan keduanya juga dapat menguraikan air mata. Semakin dalam kesedihan menggoreskan luka ke dalam jiwa semakin mampu sang jiwa menampung kebahagiaan. Sesungguhnya orang yang berjiwa besar bukanlah mereka mampu dan pandai menahan tangis, tetapi adalah mereka yang pandai menangis di dalam kesabaran. Hanya orang yang bodoh yang tidak mampu menangis dan meluapkan emosinya, tetapi hanya orang bijak yang mampu mengelola tangisnya dalam setiap luapan emosi yang dirasakannya.

Banyak orang yang terlalu menjaga citra diri hingga untuk tertawa dan menangis pun harus teratur dan tertata rapi untuk menimbulkan kesan bahawa sesungguhnya ia adalah orang bijak yang mampu memahami kehidupan dengan baik. Sesunggunya kebijaksanaan itu tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila seseorang telah menjadi terlalu angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu ego untuk melihat yang lain kecuali dirinya sendiri.

Hidup di dunia ini berlaku hukum keseimbangan. Bukanlah individu yang baik yang setiap saat berbicara tentang akhirat tetapi ia lupa bahawa ia masih bepijak pada dunia yang sesungguhnya adalah tempat ia menyusun tangga-tangga yang akan menghantarkannya menuju akhirat, dan bukanlah individu yang baik juga ketika hanya berbicara tentang keduniaan semata-mata, tetapi ia lupa kemana sesungguhnya tangga-tangga keduniaan itu akan ia arahkan.

Markah Proposal Kajian Tindakan

on May 6, 2010


Aku xpuas hati ngn markah proposal kajian tindakan aku...

dpt 0 markah kt perancangan analisis data...padahal aku buat da...
Mungkin salah kat tajuk die..tapi isi semua betul...adui..
Bengang jgk rs...lecturer ckp nak buat cmne..markah dah hantar...
aku dapat 58 markah..tambah lagi 2 markah dpt 'B'...nak kena target exam plak..
tapi exam pon dapat 100markah pn markah keseluruhan tetap 'B' jgk...
Aku pny proposal zero kesalahan tatabahasa...xde satu pon kesalahan tatabahasa...
yg dpt tinggi2 ade jgk kesalahan tatabahasa...
Bukan tak bersyukur tapi kecewa cket...aku sebenarnya beruntung laa banding dude n ina...
Pe2 pon time to struggling for action research paper...
oleh itu perkara pertama yg akan aku buat ialah..tdo dlu...;-)

Cerita Hari Ini...

Perkara 1

Pertama skali aku bersyukur sgt hari ni sbb duit da masuk...
Sesak jgk ni...tu la len kali berjimat cermat..hehe...

Perkara 2
Sayang...abg da topup...leh msg laa..hehe...
tapi tdo plak ek..aduhai..baru jek nk bercinta..

Perkara 3
Aku buat group KAMI BENCI MEREKA YG BUAT GROUP BENCI INI BENCI ITU
sape2 yg bukak blog aku leh la search kt Facebook ye..hehe

Perkara 4
Esok ade kelas la plak...malas nk pegi...
Oit..Imran..klu xpegi xkena ape2 kn??credit hours kte kn da ckup?

Perkara 5
Jangan diingat perkara yang sudah...t sakit otak...
Pk banyak2 bleh kne kanser otak...xpasal2 kang..tp sape yg ckp?
Ade ke pk byk leh kne kanser??

Berubah - EdCoustic

on May 5, 2010

Assalamualaikum...


Semalam aku terdengar lagu ni kt YouTube...
bila aku dengar lagu ni...teringat aku masa mula-mula kenal dengan Khairun Sofea bt Shahrulzaman...

pe2 pon layan jek la lagu ni....


ni liriknya...

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah


Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Kembali menulis....

on May 4, 2010

Perkara 1
macam biasalah...setelah meninggalkan blog ni begitu lama, aku terasa nak menulis balik...
nak tulis ape pon aku tak pasti sebenarnya...
sepanjang 3 bulan lepas aku sibuk dengan praktikum utk terakhir kalinya...
tinggal lebih kurang 5 bulan lagi aku nk habiskan pengajian ijazah aku ni...
Sekarang dah masuk musim peperiksaan...macam2 benda nak kena baca...

Perkara 2
kucing yg ibu bela dari kecik skrg da mati...mati mengejut...Rushang nama kucing tu..
punca kematian masih belum dapat dikenal pasti...Ibu cakap nak buat kenduri arwah...
tapi tunggu beli kambing gurun dulu...jawabnye xde kenduri la tu..hahaha...
lg ibu cakap...dia dah ada ganti Rushang...kucing yang ibu amek kt hospital dulu dah beranak..
Anak Rushang semuanya...kira sempat tinggal waris Rushang ni...

Perkara 3
sekarang ni kalau cite bab duit memang aku tgh sesak...
malu rasa ngn adik beradik n ibu abah..asyik mintak duit jek...
Elaun tgh bulan ni baru masuk...tunggu jek laa...huhu

Cerita Dalam Guni...