Cinta dan Air Mata

on May 9, 2010

Episod 1


Assalamualaikum, saya minta maaf tapi saya tak dapat teruskan lagi hubungan kita. Jalan ini saya pilih kerana Allah. Kita dah terlalu mengikut nafsu, walaupun kita tak berpegangan tangan, tak bersentuhan tapi kita tetap buat maksiat, zina hati,mata. Kita tahu hukumnya haram tapi kita tetap buat. Dosanya lebih besar daripada orang yang buat tapi tak tahu hukum. Saya dah menjadi punca kelalaian seorang lelaki dan saya tak nak tambah kelalaiannya lagi. Saya tak nak diri saya terus hanyut. Kita bawa haluan masing-masing, cuba perbaiki diri yang hina ini. Maaf kalau keputusan saya ini terlalu mengejut tapi saya dah fikir masak-masak dan saya rasa ini yang terbaik. Tolong jangan hubungi saya lagi. Lupakan saya dan terima kasih untuk segalanya.

Tersentak aku tatkala membaca mesej daripada Suraya, tapi itulah jalan yang Suraya pilih untuk kebaikan kami. Aku cuba riak tenang namun gelocah hati menangis. Bagaimana aku hendak melupakan gadis sebaik Suraya? Aku sendiri tak pasti sama ada aku mampu menanggungnya seorang diri. Terkadang aku terfikir adilkah bagi aku semua ini? Untuk lupakan Suraya? Untuk tak menghubunginya adalah sesuatu yang mustahil. Bagaimana dengan kawan-kawan lelakinya yang lain? Ya Suraya, kalau kau nak aku melupakan kau sebagai teman istimewa dalam hidup aku, aku akan cuba. Tetapi adilkah kau buat aku begini? Kawan-kawan lelaki kau masih boleh menghubungi, masih boleh berbual dengan kau tapi aku?

Aku takkan lupakan Suraya sebagai cinta yang pernah singgah di hati. Untuk melupakan Suraya? Jauh sekali. Aku akan tunggu 2-3 tahun lagi. Jika kau masih mencintai aku ketika masa itu percayalah engkau akan menjadi milik aku selamanya. Aku percaya pada janji Allah. Ya Allah, jika memang dia yang Engkau ciptakan untukku. Satukanlah aku dengannya.

Bersambung......

8 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
juita said...

wuaa...sedih. awal2 cite lagi dah berpisah.
tapi best sbb berpisah kerana ALLAH.
Rasa tertampar. Mampukah diri ini memilih jalan yang dipilih Suraya?

Anonymous said...

org yg mencintai suraya mesti tau yg dia x ramai kawan lelaki..kawan lelaki berbeza dgn kekasih..kasih untuk cinta xkn boleh berubah jdi kasih utk sahabat..kawan dan sahabat pula maksudnya berbeza..

Muhammad Widad Ishak said...

ye..tp bermula dgn kwn la die mula mncintai Suraya...Die yakin dgn janji Allah..tp die tkut ms 2 thn akn ubh cinta Suraya pd org lain...n die xtau sama ada die brsedia utk itu..

Cekgu Bio-nik said...

cikgu suraya ke?hang jgn widada haha

Anonymous said...

nice n good story..is it a true story??

Muhammad Widad Ishak said...

yup...true story...

Mama Daniel said...

wah sedih lah dgn background song lagi syadis2..mula2 dah pisah..akhir nyer mereka bersama ke atau suraya jumpa dgn seseorg yg di tentukan oleh NYA utk dia.....tak sabo nk tunggu next episode..

Post a Comment

Terima Kasih banyak2 sudi anta komen...huhu

Cerita Dalam Guni...